SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.





Download Spongebob Squarepants Versi Bahasa Melayu

Season 1

Sunday, 12 February 2012

Latar Belakang

SpongeBob SquarePants ialah sekeping span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.

SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di kota Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.



Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.

SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.



Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal daripada Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.

Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.

No comments:

Post a Comment