SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.





Download Spongebob Squarepants Versi Bahasa Melayu

Season 1

Monday 13 February 2012

Watak: Patrick Star



Patrick Star adalah rakan baik Spongebob berbentuk tapak sulaiman yang berwarna merah jambu. Patrick bersifat keanak-anakkan seperti Spongebob tetapi lebih kepada lembab dan lucu. Emosi Patrick sentiasa berubah-ubah dimana dia boleh menjadi sangat gembira dan boleh menjadi sangat marah tiba-tiba.

Patrick tinggal di bawah batu  selang dua rumah dari rumah Spongebob Squarepants dan bersebelahan rumah Squiward. Patrick kebiasaannya tidur melekat pada siling dan kadang tidur di atas katil dan menghabiskan masa sehariannya dengan hanya tidur.

No comments:

Post a Comment