SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.





Download Spongebob Squarepants Versi Bahasa Melayu

Season 1

Sunday 12 February 2012

Watak: SpongeBob SquarePants



SpongeBob SquarePants merupakan watak utama dalam kartun ini yang berbentuk span berwarna kuning. Spongebob bersifat kebudak-budakan seperti membuat perkara yang pelik dan lucu bersama rakan baiknya Patrick Star walaupun mereka adalah berusia dewasa. Dia suka berkawan dan sentiasa bersangka baik terhadap semua penduduk Bikini Bottom.

Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nanas di dalam laut. Dia juga membela seekor siput yang berwatakan seperti kucing bernama Gary. Spongebob bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab yang terkenal dengan burger Krabby Patty.

No comments:

Post a Comment