SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.





Download Spongebob Squarepants Versi Bahasa Melayu

Season 1

Tuesday, 28 February 2012

Season 1 - Episode 16

S01E16b - The Paper


The Paper - SpongeBob bermain dan berseronok dengan sekeping kertas manakala Squidward cemburu walau pada awalnya terganggu oleh Spongebob.

Download disini -> Download S01E16b

Saturday, 25 February 2012

Watak: Mrs. Puff


Mrs. Puff adalah seekor ikan buntal yang bekerja sebagai guru memandu di Mrs. Puff's Boating School. Spongebob belajar memandu untuk memiliki lesen memandu dan tidak pernah lulus dalam ujian tersebut. Mrs. Puff akan mengembang badannya jika beliau marah atau terkejut.

Watak: Larry Lobster

Larry Lobster merupakan seekor udang karang yang sangat kuat dan berbadan sasa. Kerap kali dapat dilihat di Goo Lagoon. Gemar bermain bola tampar dan meluncur air.

Monday, 20 February 2012

Watak: Pearl Krabs


Pearl Krabs adalah seekor ikan paus dan merupakan anak kepada Mr. Krabs. Pearl adalah remaja perempuan yang suka bersosial dan menyukai hiburan. Juga gadis mengada-ngada.

Bergantung kepada keadaan, Pearl sayang dan juga membenci ayahnya (Encik Krabs) kerana suka menghabiskan wang ayahnya.

Friday, 17 February 2012

SpongeBob SquarePants Ending HQ



Lagu Ending SpongeBob SquarePants

Download di sini -> Ending

Download SpongeBob SquarePants Intro HQ


Intro SpongeBob SquarePants - Lagu Tema

Are ya ready kids?
Aye, Aye captain!
I can't heeeaaar yooouuu!
AYE, AYE CAPTAIN!

oooooooooooo.........
Who lives in a pineapple under the sea?
Sponge Bob Square Pants!
Absorbent and yellow and porous is he.
Sponge Bob Square Pants!
If nautical nonsense be somethin' ya wish.
Sponge Bob Square Pants!
Then drop on the deck and flop like a fish.
Sponge Bob Square Pants!

Ready?
Sponge Bob Square Pants,
Sponge Bob Square Pants,
Sponge Bob Square Pants,
Sponge Booob Square Paaants!

Ah Ha Ha, Ha Ha Ha, Ha, hArgh wh..arire..Ha arrrigh.

Download di sisni -> Intro

Thursday, 16 February 2012

Watak: Sheldon J. Plankton


Sheldon J. Plankton adalah plankton laut yang sangat kecil saiznya. Merupakan musuh ketat Encik Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan.

Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs dan gemar menipu sesiapa sahaja termasuk Spongebob untuk mencapai impiannya. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.

Watak: Gary


Gary adalah seekor siput air peliharaan kesayangan Spongebob. Gary berbunyi seperti kucing dan dan hanya mengiau(meow). Hanya Spongebob yang boleh memahami iauan Gary. Gary merupakan siput yang bijak dan kadangkala lebih bijak daripada Spongebob dan tidak menyukai Squidward.

Wednesday, 15 February 2012

Watak: Sandy Cheeks


Sandy Cheeks adalah seekor tupai yang tingal di dalam laut. Sandy berasal dari Texas yang dihantar oleh majikannya iaitu seekor cimpanzi. Sandy menyukai karate, dikatakan suka meminum sos yang amat pedas dan juga aksi-aksi "stunt". 

Nama sebenar Sandy adalah Sandra "Sandy" Cheeks. Dia tinggal di dalam sebuah kubah kaca yang didalamnya seperti di daratan. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.

Watak: Eugene H. Krabs


Eugene H. Krabs (Encik Krabs) adalah pemilik restoran Krusty Krab yang yang terkenal dengan makanannya iaitu Krabby Patty. Encik Krabs hanya memikirkan soal wang sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. 

Dia dikatakan sangat tamak dan kedekut akan wang kecuali dengan anaknya iaitu Pearl Krabs. Spongebob dan Squidward bekerja di restoran ini.

Monday, 13 February 2012

Watak: Patrick Star



Patrick Star adalah rakan baik Spongebob berbentuk tapak sulaiman yang berwarna merah jambu. Patrick bersifat keanak-anakkan seperti Spongebob tetapi lebih kepada lembab dan lucu. Emosi Patrick sentiasa berubah-ubah dimana dia boleh menjadi sangat gembira dan boleh menjadi sangat marah tiba-tiba.

Patrick tinggal di bawah batu  selang dua rumah dari rumah Spongebob Squarepants dan bersebelahan rumah Squiward. Patrick kebiasaannya tidur melekat pada siling dan kadang tidur di atas katil dan menghabiskan masa sehariannya dengan hanya tidur.

Sunday, 12 February 2012

Watak: Squidward Tentacles



Squidward Tentacles merupakan seekor sotong yang tinggal di dalam moai Pulau Easter. sotong yang sombong dan pemarah dan tidak suka jiran-jiran beliau terutamanya SpongeBob yang kelakuan mereka seperti kanak-kanak. Squidward amat benci pada Spongebob dan Patrick yang suka mengganggunya.

Merupakan rakan sekerja Spongebob di Krusty Krab sebagai penjaga kaunter yang malas. Dia mempunyai hobi bermain klarinet dan lukisan potret sendiri dan membenci kerjanya sendiri di Krusty Krab.

Watak: SpongeBob SquarePants



SpongeBob SquarePants merupakan watak utama dalam kartun ini yang berbentuk span berwarna kuning. Spongebob bersifat kebudak-budakan seperti membuat perkara yang pelik dan lucu bersama rakan baiknya Patrick Star walaupun mereka adalah berusia dewasa. Dia suka berkawan dan sentiasa bersangka baik terhadap semua penduduk Bikini Bottom.

Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nanas di dalam laut. Dia juga membela seekor siput yang berwatakan seperti kucing bernama Gary. Spongebob bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab yang terkenal dengan burger Krabby Patty.

Latar Belakang

SpongeBob SquarePants ialah sekeping span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.

SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di kota Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.



Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.

SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.



Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal daripada Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.

Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.

Saturday, 11 February 2012

SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.