SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.





Download Spongebob Squarepants Versi Bahasa Melayu

Season 1

Thursday 16 February 2012

Watak: Sheldon J. Plankton


Sheldon J. Plankton adalah plankton laut yang sangat kecil saiznya. Merupakan musuh ketat Encik Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan.

Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs dan gemar menipu sesiapa sahaja termasuk Spongebob untuk mencapai impiannya. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.

No comments:

Post a Comment